Pergi ke kandungan

Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/42

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 535

Jadual
[Subseksyen 4(4)]

Peraturan berkenaan dengan perbadanan

1. Lembaga hendaklah, pada atau sebelum tarikh mana mana perbadanan ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(c), membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu dengan menentukan―

(a) maksud dan tujuan yang baginya perbadanan itu ditubuhkan;
(b) hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
(c) sistem pengurusan perbadanan itu; dan
(d) hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak kawalan terhadap perbadanan itu.

Kuat kuasa peraturan

2. Tertakluk kepada Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan hendaklah mengikat perbadanan yang berkenaan dengannya peraturan itu dibuat dan hendaklah mempunyai kuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.

Pindaan peraturan

3. Lembaga boleh pada bila-bila masa meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan yang dibuat berkenaan dengan mana-mana perbadanan di bawah perenggan 1.

Penggulungan

4. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.

(2) Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu selepas dibayar segala liabiliti hendaklah dipindahkan kepada dan terletak hak pada Lembaga.

(3) Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.

Taraf perbadanan

5. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan 4(3)(c) hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga kepada perbadanan itu dan hendaklah kekal turun-temurun dan mempunyai meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa