Pergi ke kandungan

Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/37

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Tabung Haji
37
(l) untuk mengadakan peruntukan bagi tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;
(m) untuk mengadakan peruntukan bagi pemusnahan rekod dan dokumen selepas berunding terlebih dahulu dengan Arkib Negara; dan
(n) untuk mengadakan peruntukan bagi segala perkara yang dikehendaki ditetapkan atau yang perlu atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa kepada Akta ini.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini—

(a) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesalahan; dan
(b) boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun bagi kesalahan sedemikian.

Kuasa untuk meminda Jadual

46. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda, menambah atau mengubah Jadual kepada Akta ini.

Bahagian VIII
PEMANSUHAN DAN PERALIHAN

Pemansuhan Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969

47. Pada hari yang ditetapkan—

(a) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969 [Akta 8], yang disebut "Akta yang dimansuhkan" dalam Akta ini, hendaklah terhenti berkuat kuasa dan dimansuhkan; dan
(b) Lembaga Urusan dan Tabung Haji, iaitu suatu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta yang dimansuhkan, hendaklah terhenti wujud.