Pergi ke kandungan

Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/36

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
36
Undang-Undang Malaysia
Akta 535
(f) untuk menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga termasuk perkara yang berhubungan dengan prosiding tatatertib dan hukuman tatatertib dan rayuan berkenaan dengannya dan berkenaan dengan gaji, elaun, terma dan syarat perkhidmatan, tempoh perkhidmatan dan cuti pegawai dan pekhidmatnya;
(g) untuk menetapkan cara bagi apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;
(h) untuk mengadakan peruntukan bagi bentuk dan tatacara dalam pengeluaran Pasport Haji;
(i) untuk menetapkan orang yang olehnya dan syarat yang berdasarkannya Pasport Haji boleh diberikan;
(j) untuk mengadakan peruntukan bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga—
(i) bagi membeli atau mendirikan rumah yang didiaminya atau yang dia bercadang hendak mendiaminya atau untuk melepaskan apa-apa gadaian atau gadai janji atau apa-apa bebanan lain atas rumah itu;
(ii) bagi membeli kenderaan bagi kegunaannya sendiri;
(iii) bagi pemerolehan komputer peribadi atau barang-barang lain yang perlu atau berguna bagi pelaksanaan lebih baik tugas-tugasnya sebagai pegawai atau pekhidmat sedemikian; atau
(iv) bagi apa-apa belanja pendidikan atau perubatan yang diperlukan olehnya;
(k) untuk menetapkan terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa bebanan atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan kepada atau diserahhakkan kepada Lembaga sebagai cagaran bagi pinjaman itu;