Pergi ke kandungan

Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/35

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Tabung Haji
35


Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

45. (1) Lembaga boleh dengan kelulusan Menteri membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini, bagi melaksanakan maksud Akta ini atau mana-mana peruntukannya, atau bagi pelaksanaan lebih lanjut, lebih baik atau lebih mudah peruntukan Akta ini.

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a) berkenaan dengan penubuhan jawatankuasa dan tatacara jawatankuasa sedemikian;
(b) untuk mengenakan fi dalam mana-mana hal yang ditentukan oleh Lembaga;
(c) bagi penyimpanan, penutupan dan pengauditan akaun Lembaga, termasuk perkara tentang tatacara kewangan dan perakaunannya sendiri;
(d) untuk mengawal selia tatacaranya sendiri termasuk tatacara yang berhubungan dengan perkara perjawatan dan operasi dan peminjaman wang;
(e) untuk menguruskan pendepositan ke dalam dan pengeluaran daripada Kumpulan Wang, dan khususnya—
(i) untuk mengadakan peruntukan bagi penamaan oleh pendeposit orang yang kepadanya apa-apa amaun yang terkredit untuknya dalam Kumpulan Wang pada masa kematiannya hendaklah dibayar apabila dia mati, bagi cara penamaan itu boleh dibatalkan dan bagi hal keadaan penamaan itu dianggap sudah terhenti berkuat kuasa dan bagi pembayaran amaun itu kepada penama yang dinamakan sedemikian;
(ii) untuk mengadakan peruntukan bagi pembayaran jumlah wang yang terkredit untuk seseorang pendeposit pada masa kematiannya jika tidak ada penamaan oleh pendeposit itu orang yang kepadanya jumlah wang itu hendaklah dibayar apabila dia mati;
(iii) untuk mengadakan peruntukan bagi cara pembayaran untung boleh agih jika seseorang pendeposit mati atau semasa pengeluaran;