Laman ini telah dibaca pruf
Tabung Haji
25
- (b) mengiklankan bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji;
- (c) membuat atau terus membuat apa-apa representasi yang bermaksud bahawa dia menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau bahawa dia mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji; atau
- (d) melakukan apa-apa perbuatan atau benda yang boleh semunasabahnya mendorong Lembaga untuk mempercayai bahawa orang itu akan menjalankan atau membuat transaksi perniagaan mengelolakan perjalanan, atau akan mengelolakan perjalanan, ke Tanah Suci bagi maksud menunaikan haji,
melainkan jika dia memegang lesen pengelola jemaah haji yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan—
- (a) berkenaan dengan kesalahan pertama, boleh didenda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan
- (b) berkenaan dengan kesalahan kedua atau mana-mana kesalahan yang berikutnya, boleh didenda tidak kurang daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Permohonan lesen dan pengeluaran lesen
28. (1) Sesuatu permohonan bagi mendapatkan lesen pengelola jemaah haji hendaklah dibuat kepada Lembaga secara bertulis mengikut cara yang ditetapkan.
(2) Lembaga boleh menghendaki seseorang pemohon bagi lesen pengelola jemaah haji supaya memberikan apa-apa maklumat atau dokumen tambahan sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud menentukan permohonan itu.