Pergi ke kandungan

Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/18

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
18
Undang-Undang Malaysia
Akta 535
(b) menjalankan kawalan tatatertib ke atas pegawai dan pekhidmatnya.

(2) Lembaga boleh mengambil kerja dan membayar ejen dan penasihat teknik termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, broker saham, juruukur atau penilai atau orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki supaya dijalankan atau dilakukan pada melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini, dan boleh membayar daripada Kumpulan Wang segala caj dan belanja yang dilakukan sedemikian.

(3) Lembaga boleh melalui surat cara di bawah meterainya melantik mana-mana orang sama ada di Malaysia atau mana-mana tempat di luar Malaysia untuk menjadi wakilnya dan orang yang dilantik sedemikian boleh, tertakluk kepada terma surat cara itu, melakukan apa-apa perbuatan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau fungsi yang dia diberi kuasa oleh surat cara itu untuk melakukannya atau melaksanakannya.

Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan dan tatatertib

14. (1) Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmatnya dan berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmatnya.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini berkenaan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat Lembaga boleh mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan membuat peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat, dan boleh termasuk peruntukan bagi—

(a) penahanan kerja dengan pengurangan gaji atau saraan lain; atau
(b) penggantungan tanpa gaji atau saraan lain,

seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga semasa menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya.