Pergi ke kandungan

Laman:Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).pdf/11

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Tabung Haji
11
(c) menubuhkan perbadanan dengan apa-apa nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan bertanggungjawab bagi, mengendalikan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga; atau
(d) menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang sudah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.

(4) Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (3)(c).

Meterai perbadanan Lembaga

5. (1) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah mengandungi suatu peranti yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru oleh Lembaga sebagaimana yang difikirkannya patut.

(2) Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Ketua Pegawai Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga secara bertulis.

(3) Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah, sehingga dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah.

(4) Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Lembaga, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.

(5) Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.