Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/67

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
67
(a) seseorang yang, menurut kuasa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan itu atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, sebelum seksyen ini bermula kuat kuasa, adalah, jika tidak kerana Akta ini, berhak untuk melakukan apa-apa perbuatan atau perkara berhubung dengan suatu bahan yang disenaraikan dalam Bahagian IV Jadual Ketiga Akta ini boleh, sepanjang tempoh yang lesen itu adalah sah, terus melakukan perbuatan atau perkara itu tertakluk pada terma atau syarat atau batasan lesen itu dan hendaklah, pada melakukan atau berhubungan dengan melakukan perbuatan atau perkara itu, terus terletak di bawah kawalan Ordinan itu dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;
(b) jika pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan di bawah Ordinan itu atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya berpendapat, selepas berunding dengan Lembaga, bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian supaya perniagaan atau aktiviti seseorang yang disebut dalam perenggan (a) tidak secara yang tidak wajar dimudaratkan oleh sesuatu kelewatan pada melaksanakan dengan sepenuhnya Akta ini, pihak berkuasa pelesenan itu boleh, apabila habis tempoh lesen semasa orang itu, dari semasa ke semasa mengeluarkan kepadanya suatu lesen lain seperti itu di bawah, mengikut dan tertakluk pada Ordinan itu dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya seolah-olah Ordinan dan kaedah-kaedah itu terus terpakai bagi bahan yang berkenaan dalam lesen itu, dan perenggan (a) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi orang itu;
(c) seseorang yang adalah, jika tidak kerana Akta ini, berhak melakukan sesuatu perbuatan atau perkara menurut kuasa seksyen 7 Ordinan itu hendaklah terus berhak sedemikian berhubungan dengan suatu bahan yang disenaraikan dalam Bahagian IV Jadual Ketiga Akta ini dan hendaklah, pada melakukan atau berhubungan dengan melakukan perbuatan atau perkara itu, terus terletak di