Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/65

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
65

kepadanya suatu lesen lain seperti itu di bawah, mengikut dan tertakluk pada Ordinan itu seolah-olah Ordinan dan peraturan-peraturan itu terus terpakai bagi bahan yang berkenaan dalam lesen itu, dan perenggan (a) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi orang itu;

(c) seseorang yang, jika tidak kerana Akta ini, dibenarkan, menurut kuasa seksyen 5 Ordinan itu untuk mengimport, memiliki dan menggunakan racun hendaklah terus dibenarkan sedemikian dan, pada melakukan atau berhubung dengan melakukan perbuatan tersebut, hendaklah terus terletak di bawah kawalan Ordinan itu dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
(d) peruntukan seksyen 8 Ordinan itu hendaklah, walau apa pun dan dengan tidak mengambil kira kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, terus terpakai jika berkenaan bagi bahan yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Ketiga Akta ini berhubung dengan cara mengisi, memelihara, membezakan, melabelkan, atau menyimpan bahan itu apabila bahan itu ada dalam milikan seseorang atau di bawah kawalannya, atau pada menyimpan, menjual, memberi, atau menghantarnya, dan terus boleh dikuatkuasakan di bawah Ordinan itu, sehingga Menteri memerintahkan selainnya melalui pemberitahuan dalam Warta Persekutuan, apabila diperintahkan sedemikian kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang berhubungan dengan perkara itu hendaklah terpakai atau dijadikan terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi bahan itu.

Kawalan dalam Negeri Sabah bagi bahan yang ialah racun dan juga racun makhluk perosak

63. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan suatu bahan yang merupakan suatu racun sebagaimana yang ditakrifkan dalam