Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/64

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
64
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

oleh subseksyen (2), [1]Ordinan Racun dan Dadah Berbencana Negeri Sabah [Bab 100] hendaklah terhenti terpakai bagi bahan yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan memotong daripada Jadual Pertama Ordinan itu semua catatan berhubungan dengan bahan itu.

(2) Ordinan itu dipinda selanjutnya dengan memotong perkataan “Substances for use in agriculture and horticulture” yang ada bertentangan dengan catatan “Metanitrophenol; orthonitrophenol; and paranitrophenol” yang ditambahkan kepada Jadual Pertama Ordinan itu oleh Warta Negeri Sabah Nombor S. 33 tahun 1969.

(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini—

(a) seseorang yang, menurut kuasa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan itu, sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, adalah, jika tidak kerana Akta ini, berhak untuk melakukan apa-apa perbuatan atau perkara berhubung dengan suatu bahan yang disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Ketiga Akta ini boleh, sepanjang tempoh yang lesen itu adalah sah, terus melakukan perbuatan atau perkara itu tertakluk pada terma atau syarat atau batasan lesen itu dan hendaklah, pada melakukan atau berhubung dengan melakukan perbuatan atau perkara itu, terus terletak di bawah kawalan Ordinan itu;
(b) jika pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan di bawah Ordinan itu berpendapat, selepas berunding dengan Lembaga, bahawa adalah perlu untuk berbuat demikian supaya perniagaan atau aktiviti seseorang yang disebut dalam perenggan (a) tidak secara yang tidak wajar dimudaratkan oleh apa-apa kelewatan pada melaksanakan dengan sepenuhnya Akta ini, pihak berkuasa pelesenan itu boleh, apabila habis tempoh lesen semasa orang itu, dari semasa ke semasa mengeluarkan
  1. CATATANLihat P.U. (A) 157/78—Perintah Pengubahsuaian Undang-undang (Racun dan Dadah Berbahaya) (Peluasan dan Pengubahsuaian) 1978.