Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/63

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
63

mana-mana yang berkenaan, bagi bahan itu.

Kawalan dalam Malaysia Barat bahan yang merupakan racun dan juga racun makhluk perosak

61. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubungan dengan suatu bahan yang merupakan suatu racun sebagaimana yang ditakrifkan dalam Ordinan Racun 1952 dan juga suatu racun makhluk perosak sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta mi.

(2) Seseorang yang melakukan suatu perbuatan atau perkara berhubungan dengan bahan itu, yang perbuatan atau perkara yang dibenarkan oleh atau di bawah Ordinan itu atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya atau yang tidak, jika tidak kerana Akta ini, menjadi suatu kesalahan menurut kuasa suatu lesen, kebenaran, pengecualian atau kecualian di bawah, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan, Ordinan itu atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, tidak boleh didakwa di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu kerana melakukan perbuatan atau perkara itu.

(3) Seseorang yang melakukan suatu perbuatan atau perkara berhubungan dengan bahan itu, yang perbuatan atau perkara yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau yang tidak, jika tidak kerana Ordinan itu, menjadi suatu kesalahan menurut kuasa suatu pendaftaran, lesen, permit, kebenaran, pengecualian atau kecualian di bawah, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan, Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan tidak boleh didakwa di bawah Ordinan itu atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya kerana melakukan perbuatan atau perkara itu.

Pemotongan bahan tertentu daripada Sabah Bab 100

62. (1) Tertakluk pada dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan