Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
61
- (a) memotong daripada Senarai Racun yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Ordinan itu semua catatan yang berhubungan dengan bahan itu; dan
- (b) memotong daripada Lampiran kepada Senarai Racun tersebut catatan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual Ketiga Akta ini.
(2) Walau apa pun subseksyen (1) dan peruntukan lain Akta ini—
- (a) seseorang yang, menurut kuasa suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan itu atau peraturanperaturan yang dibuat di bawahnya, sebelum permulaan kuat kuasa seksyen ini, adalah, jika tidak kerana Akta ini, berhak untuk melakukan apa-apa perbuatan atau perkara berhubungan dengan suatu bahan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini boleh, semasa tempoh yang lesen itu adalah sah, terus melakukan perbuatan atau perkara itu tertakluk pada terma atau syarat lesen itu dan hendaklah, pada melakukan atau berhubung dengan melakukan perbuatan atau perkara itu, terus terletak di bawah kawalan Ordinan itu dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
- (b) jika pihak berkuasa pelesenan yang berkenaan di bawah Ordinan itu atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berpendapat, selepas berunding dengan Lembaga, bahawa perlu untuk berbuat demikian supaya perniagaan atau aktiviti seseorang yang disebut dalam perenggan (a) tidak secara yang tidak wajar dimudaratkan oleh apa-apa kelewatan pada melaksanakan dengan sepenuhnya Akta ini, pihak berkuasa pelesenan itu boleh, apabila habis tempoh lesen semasa orang itu, dari semasa ke semasa mengeluarkan kepadanya suatu lesen lain seperti itu di bawah, mengikut dan tertakluk pada Ordinan itu dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya seolah-olah Ordinan dan peraturan-peraturan itu terus terpakai bagi bahan yang berkenaan dalam lesen itu, dan perenggan (a) hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi orang itu;