Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/60

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 149


(4) Jika mana-mana prosiding atau pendakwaan di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau dalam pentadbirannya, suatu soalan atau pertikaian berbangkit mengenai betulnya atau kebolehterimaan keputusan suatu ujian atau cerakinan mana-mana bahan atau suatu contoh daripadanya, keputusan yang didapati daripada suatu ujian atau cerakinan yang dijalankan secara yang ditetapkan di bawah perenggan (1)(d) hendaklah dikira dan diterima sebagai keputusan yang betul.

Pindaan Jadual

58. Menteri boleh dari semasa ke semasa, selepas berunding dengan atau atas nasihat Lembaga, melalui perintah meminda Jadual Pertama dan Jadual Kedua.

Pengecualian

59. Menteri boleh, dengan perintah yang disiarkan dalam Warta dan tertakluk pada apa-apa syarat yang dinyatakan dalamnya, mengecualikan mana-mana orang daripada mana-mana peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.

Bahagian XI
PINDAAN, PEMANSUHAN DAN PENGECUALIAN UNDANG-UNDANG YANG BERKAITAN

Pemotongan bahan-bahan tertentu daripada P.T.M. 29/52

60. (1) Tertakluk pada dan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (2), [1]Ordinan Racun 1952 [P.T.M. 29 tahun 1952] hendaklah terhenti terpakai bagi bahan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual Ketiga Akta ini dan oleh itu Ordinan itu dipinda dengan—

  1. CATATAN—Ordinan Racun 1952 [P.T.M. 29 tahun 1952] telah digantikan dan disemak—lihat seksyen yang berkaitan dalam Akta Racun 1952 [Akta 366].