Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/59

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
59

kenderaan dan menghendaki supaya apa-apa ujian sebagaimana yang dinyatakan dijalankan selepas pengasapan, penyemburan, atau rawatan itu;

(l) membuat peraturan-peraturan bagi pengiklanan racun makhluk perosak;
(m) membuat peruntukan bagi mengawal racun makhluk perosak yang diimport di bawah suatu permit di bawah seksyen 14;
(n) membuat peraturan-peraturan mengenai cara Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak, Ahli Cerakinan, dan pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini menjalankan kewajipan;
(o) menetapkan bayaran yang kena dibayar di bawah Akta ini;
(oa) membuat peraturan-peraturan mengenai pengeksportan racun makhluk perosak; dan
(p) menetapkan apa-apa jua yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Jika sesuatu penentuan standard berkenaan dengan suatu racun makhluk perosak telah diisytiharkan di bawah seksyen 28 Akta Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Perbadanan) 1975, Lembaga, pada membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan di bawah subseksyen (1) yang menetapkan label atau bungkusan racun makhluk perosak itu, hendaklah, sebagai tambahan kepada perkara lain, menimbangkan kehendak berkaitan penentuan standard dan keperluan atau selainnya menerima pakai mana-mana atau semua kehendak itu.

(3) Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh membuat peruntukan bagi anggapan, yang boleh dipatahkan, untuk memudahkan pembuktian perbuatan atau peninggalan yang menjadi suatu kesalahan di bawahnya.