Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/56

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
56
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

kewajipannya di bawah Akta ini, dan jika dia berbuat sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan.

Penalti am

56. Seorang yang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, yang baginya tiada penalti lain diperuntukkan secara khusus baginya, boleh apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama enam bulan atau didenda lima ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, dipenjarakan selama satu tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan

57. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga, membuat kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan bagi menjalankan maksud Akta ini dan untuk menguatkuasakan peruntukannya dan khususnya, tanpa menyentuh keluasan kuasa yang disebut terdahulu, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan itu boleh—

(a) menentukan tatacara yang hendaklah diikuti dan borang yang hendaklah digunakan pada membuat permohonan di bawah Akta ini dan bayaran yang kena dibayar baginya;
(b) membuat peruntukan secara am bagi perkara yang berkaitan dengan pendaftaran, pelesenan dan pengeluaran permit;
(c) menentukan tatacara bagi rayuan dan menunjukkan sebab di bawah Akta ini;
(d) menetapkan cara menguji dan mencerakinkan contoh sesuatu makanan atau racun makhluk perosak;
(e) menetapkan langkah yang hendaklah diambil dan amalan yang hendaklah diikuti atau dielakkan oleh pengilang dan