Pemilikan atau penggunaan racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan dan penggunaan racun makhluk perosak dengan cara yang tidak diluluskan
53A. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 14 dan 14A, tiada seorang pun boleh—
- (a) memiliki atau menggunakan racun makhluk perosak yang pada masa ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini; atau
- (b) menggunakan racun makhluk perosak selain mengikut penggunaan yang dinyatakan pada label, sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama satu tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Gangguan pada tanda rasmi
54. Seorang yang tanpa kebenaran membuka, mengubah, memecahkan, memindahkan, atau memadamkan apa-apa tanda, pemasangan atau meterai yang diletakkan oleh seorang pegawai yang diberi kuasa menurut peruntukan Akta ini pada mana-mana bahan atau pada mana-mana bungkusan, tempat, pintu, atau ruang yang mengandungi atau yang memberi akses kepada bahan itu melakukan suatu kesalahan.
Kerahsiaan
55. Kecuali bagi maksud Akta ini atau maksud suatu penyiasatan atau dakwaan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, tiada seseorang boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang telah didapati olehnya dalam masa menjalankan