Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/54

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

dengannya.

Pemberitahuan sabitan

52. Suatu pemberitahuan nama dan pekerjaan seseorang yang telah disabitkan dengan suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedahkaedah atau peraturan-peraturan dan alamat tempat perniagaannya, jenis kesalahan itu, penalti yang dikenakan dan apa-apa perintah yang dibuat hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh mahkamah, disiarkan dalam mana-mana akhbar yang diedarkan dalam Malaysia atau dalam mana-mana bahagian daripadanya.

Bahagian X
AM

Memberi atau membuat maklumat atau pernyataan palsu

53. Seseorang yang, membuat suatu permohonan di bawah Akta ini selain suatu permohonan bagi mendapatkan suatu lesen untuk menjual atau menyimpan untuk jualan suatu racun makhluk perosak, memberi maklumat atau membuat suatu pernyataan yang palsu pada apa-apa butir material, melainkan jika dia membuktikan bahawa dia tidak mengetahui dan tidak mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa maklumat atau pernyataan itu adalah palsu dan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah untuk memastikan kebenarannya, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama satu tahun atau didenda dua puluh lima ribu ringgit atau keduaduanya.