Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/53

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
53


(a) apabila disabitkan orang itu dengan kesalahan itu; atau
(b) jika dia berpuas hati bahawa kesalahan itu telah dilakukan, walaupun tiada seorang pun yang disabitkan dengan kesalahan itu,

memerintahkan supaya bahan itu dan apa-apa bahan yang serupa yang didapati dalam premis tertuduh atau dalam milikannya pada masa kesalahan itu dilakukan, bersama dengan segala bungkusan dan vesel bahan itu, dilucuthakkan dan dilupuskan mengikut arahan Menteri, dan dalam hal pelupusan apabila seseorang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, kos bagi pelupusan sedemikian hendaklah ditanggung oleh orang yang disabitkan atas kesalahan itu.

(2) Dalam mana-mana hal lain, mahkamah hendaklah memerintahkan supaya dikembalikan bahan itu kepada orang yang ternyata kepada mahkamah berhak memiliki bahan itu.

Bidang kuasa

50. Walau apa pun apa-apa jua yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan sebarang kesalahan terhadap Akta ini atau kaedahkaedah atau peraturan-peraturan dan untuk mengenakan penalti penuh yang diperuntukkan baginya.

Keistimewaan daripada penzahiran

51. Tiada pendakwa atau saksi dalam sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan boleh dipaksa untuk menzahirkan fakta bahawa dia telah menerima apa-apa maklumat atau jenis maklumat atau nama orang yang memberikan maklumat atau untuk mengemukakan mana-mana laporan atau dokumen sulit yang dibuat atau diterima olehnya atas sifat rasminya atau untuk membuat sesuatu pernyataan berhubungan