Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/50

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
50
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

atau menyebabkan ia dibinasakan jika dan apabila dia mendapati bahawa bahan itu telah menjadi rosak tetapi hendaklah, dengan serta-merta selepas pembinasaan itu, menyediakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani olehnya dan menyatakan perihalan dan kuantiti bahan yang dibinasakan itu, dan tarikh, masa, kaedah-kaedah dan sebab pembinasaan itu;

(b) Menteri boleh pada bila-bila masa memerintahkan supaya dikembalikan bahan itu kepada mana-mana orang jika difikirkannya adil dan wajar untuk berbuat demikian.

Saman

43. (1) Saman dalam suatu pendakwaan bagi sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan tidak boleh dikembalikan kurang daripada dua puluh satu hari dari tarikh penyampaian saman itu.

(2) Hendaklah disampaikan bersama saman itu suatu salinan perakuan cerakinan seorang Ahli Cerakinan, jika ada, yang dicadangkan hendak dikemukakan sebagai keterangan oleh pihak pendakwa.

44. (Dipotong oleh Akta A1226).

Anggapan mengenai pengimport atau pengilang

45. Bagi maksud suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan berkenaan dengan suatu racun makhluk perosak yang didapati dalam suatu bungkusan tidak terbuka, orang yang ternyata daripada label racun makhluk perosak itu telah mengimport atau mengilangkannya hendaklah, melainkan jika membuktikan akasnya, disifatkan telah mengimport atau mengilang bahan itu.