seksyen 41 telah diberikan kepada mana-mana orang, selepas penerimaan notis itu oleh orang itu yang mengadu berkenaan dengan penyitaan, penahanan atau pemindahan itu kepada seorang Majistret yang hendaklah mendengar dan memutuskan aduan itu dan yang boleh mengesahkan atau tidak membenarkan penyitaan, penahanan atau pemindahan keseluruhan bahan itu atau sebahagiannya atau memerintahkan supaya bahan itu dikembalikan kepada orang yang ternyata pada Majistret adalah berhak memilikinya.
(2) Majistret itu tidak boleh tidak membenarkan penyitaan, penahanan atau pemindahan, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, melainkan jika dia berpuas hati—
- (a) bahawa penyitaan, penahanan atau pemindahan itu adalah tidak sah; atau
- (b) jika penyitaan, penahanan atau pemindahan itu adalah sah, bahawa tiada pelanggaran Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan telah berlaku.
(3) Bahan yang disita, ditahan atau dipindahkan itu hendaklah—
- (a) jika tiada aduan dibuat di bawah dan mengikut seksyen ini; atau
- (b) jika penyitaan, penahanan atau pemindahan itu disahkan, setakat pengesahan itu,
menjadi harta Kerajaan dan hendaklah dilupuskan, secara dibinasakan atau selainnya, sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, melainkan jika ia dicadangkan untuk mendakwa mana-mana orang berkenaan dengan bahan itu, yang dalam hal itu bahan itu hendaklah dipegang untuk mematuhi keputusan pendakwaan dan perintah mahkamah di bawah seksyen 49.
(4) Walau apa pun subseksyen (3)—
- (a) pegawai yang diberi kuasa menyita, menahan atau memindahkan sebarang bahan boleh membinasakannya