Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/48

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
48
Undang-Undang Malaysia
Akta 149



Mendapatkan bayaran dan perbelanjaan lain

40. (1) Jika seseorang disabitkan atas suatu kesalahan terhadap Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan mahkamah boleh memerintahkan supaya semua bayaran dan perbelanjaan lain yang dilakukan berkenaan dengan cerakinan mana-mana makanan atau racun makhluk perosak berkenaan dengannya sabitan itu didapati, termasuk suatu cerakinan yang dibuat menurut seksyen 36, dibayar oleh orang itu.

(2) Semua bayaran dan perbelanjaan itu boleh didapatkan mengikut cara yang sama sebagaimana suatu denda boleh didapatkan.

Bahagian IX
PROSIDING

Notis penyitaan, penahanan atau pemindahan

41. Jika penyitaan, penahanan atau pemindahan apa-apa bahan di bawah Akta ini dibuat semasa ketidakhadiran seseorang yang mempunyai atau nampaknya mempunyai milikan, jagaan atau kawalan yang sah bahan itu, pegawai yang diberi kuasa yang membuat atau menguatkuasakan penyitaan, penahanan atau pemindahan itu hendaklah dengan serta-merta memberi notis berkenaan dengannya secara bertulis kepada pemunya atau kepada ejen pemunya, atau kepada pemberi konsain atau penerima konsain, bahan itu, jika nama dan alamatnya disertakan bersama dengan bahan itu atau, selepas siasatan yang munasabah atau selainnya, diketahui oleh pegawai yang diberi kuasa dan alamat itu adalah dalam Malaysia.

Aduan mengenai penyitaan, penahanan atau pemindahan

42. (1) Seseorang yang menuntut apa-apa bahan yang disita, ditahan atau dipindahkan di bawah Akta ini boleh, pada bila-bila masa, tetapi tidak lewat daripada empat puluh lapan jam, selepas penyitaan, penahanan atau pemindahan bahan itu atau, jika notis di bawah