Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/45

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
45


Cara mengambil contoh

35. (1) Seseorang pegawai yang diberi kuasa hendaklah, sebelum atau dengan serta-merta selepas mengambil atau memperoleh suatu contoh mana-mana bahan di bawah Akta ini bagi dicerakinkan, memberitahu penjual atau ejen atau penjawatnya atau orang yang nampaknya memiliki, menjaga, atau mengawal umpukan yang daripadanya contoh itu akan atau telah diambil atau diperoleh bahawa dia bercadang untuk mendapatkan contoh itu dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan.

(2) Pegawai yang diberi kuasa itu hendaklah selepas itu membahagikan contoh itu kepada tiga bahagian yang lebih kurang sama besarnya dan hendaklah menandakan, dan mengelak ataumengikat, mengikut cara yang dibenarkan oleh jenis contoh itu, setiap bahagian sedemikian dan hendaklah menawarkan satu daripada bahagian itu kepada penjual atau ejen atau penjawatnya atau seorang yang nampaknya memiliki, menjaga atau mengawal umpukan yang daripadanya contoh itu telah diambil atau diperoleh.

(3) Pegawai yang diberi kuasa hendaklah kemudiannya menyerahkan, sama ada secara sendiri, melalui pos berdaftar atau perkhidmatan kiriman cepat, suatu lagi bahagian itu kepada seorang Ahli Cerakinan, dan hendaklah menyimpan bahagian yang lagi satu itu untuk perbandingan atau penggunaan pada masa hadapan.

(4) Jika bahan itu adalah dalam bungkusan kecil, kehendak seksyen ini hendaklah disifatkan telah dipatuhi jika pegawai yang diberi kuasa itu mengambil atau memperoleh tiga bungkusan yang belum dibuka bahan itu dan menguruskan bungkusan itu seolah-olah bungkusan itu ialah tiga bahagian yang contoh itu dikehendaki dibahagikan.

Masa untuk memulakan cerakinan

35A. Jika apa-apa bahan telah dibeli, diambil atau diperoleh daripada seseorang di bawah Akta ini bagi maksud pencerakinan, pencerakinan bahan itu hendaklah dimulakan dalam tempoh enam puluh hari dari masa bahan itu dibeli, diambil atau diperoleh.