Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/42

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

yang tidak selaras dengannya dalam undang-undang berkaitan tetapi hendaklah selainnya dibaca dan ditafsirkan sebagai satu dengan undang-undang berkaitan itu.

(8) Seksyen ini tidak terpakai bagi kes kehilangan jiwa manusia yang disebabkan oleh kemalangan iaitu yang mengenainya notis dikehendaki oleh Akta Hidrogen Sianid (Pengasapan) 1953 diberikan kepada Menteri yang berkenaan di bawah Akta itu.

(9) Dalam seksyen ini—

“Majistret yang berkenaan” ertinya Majistret yang kepadanya, di bawah undang-undang berkaitan, dihantar oleh pegawai penjaga suatu daerah polis atau suatu balai polis, laporan suatu penyiasatan sebab sesuatu kematian;

“undang-undang berkaitan” ertinya Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] atau [1]Ordinan Inkues bagi Sabah [Ord. 6 tahun 1959] atau Sarawak [Bab 48], mengikut mana-mana yang berkenaan.

Bahagian VII
PENGUATKUASAAN

Kemasukan, penggeledahan dan penyitaan

31. Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh pada bila bila masa yang munasabah masuk ke dalam mana-mana tempat yang sesuatu racun makhluk perosak adalah atau boleh semunasabahnya dianggap disimpan atau disetor dan, dengan sendirinya atau dengan mana-mana orang lain yang menyertainya dan yang bertindak di bawah arahannya dan dalam kehadirannya, boleh menggeledah tempat itu dan boleh—

(a) memeriksa dan, apabila membayar nilai pasaran semasanya, jika diminta, mengambil contoh apa-apa bahan yang didapati dalam tempat itu dan
  1. Lihat P.U. (A) 97/76—Perintah Pengubahsuaian Undang-undang (Acara Jenayah) (Sabah dan Sarawak) 1976.