Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/41

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
41

Majistret itu tidak dikehendaki mengadakan, suatu siasatan atau inkues, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh sebab prosiding jenayah telah atau hampir, dibawa atau dimulakan terhadap manamana orang kerana telah menyebabkan kematian itu.

(2) Majistret itu hendaklah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum diadakan siasatan atau inkues itu, menghantar kepada Menteri notis secara bertulis tentang masa dan tempat bagi mengadakan siasatan atau inkues itu.

(3) Jika, dalam masa apa-apa siasatan atau inkues dijalankan, ternyata pada Majistret yang mengadakan siasatan atau inkues itu bahawa kematian yang menjadi hal perkara siasatan atau inkues itu mungkin telah disebabkan oleh suatu racun makhluk perosak atau ialah suatu kematian yang dalamnya suatu racun makhluk perosak mungkin telah terlibat, dia hendaklah, melainkan jika—

(a) notis yang dikehendaki oleh subseksyen (2) telah dihantar; atau
(b) seorang wakil Menteri hadir di siasatan atau inkues itu, menangguhkan siasatan atau inkues itu, tetapi sebelum berbuat demikian dia boleh mengambil keterangan bagi mengecamkan mayat itu.

(4) Majistret itu hendaklah, sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum diadakan siasatan atau inkues yang ditangguhkan, menghantar kepada Menteri notis secara bertulis tentang masa dan tempat bagi mengadakan siasatan atau inkues yang ditangguhkan itu.

(5) Seorang wakil Menteri yang hadir di sesuatu siasatan atau inkues yang disebut dalam seksyen ini boleh, tertakluk pada perintah Majistret atau perkara undang-undang, memeriksa mana-mana saksi.

(6) Suatu salinan nota keterangan dan dapatan yang dibuat dalam tiap-tiap siasatan atau inkues itu hendaklah diberikan kepada Menteri tanpa bayaran.

(7) Seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua