Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
39
mempunyai semua kuasa seorang Majistret yang menjalankan bidang kuasa dalam kes jenayah dan, sebagai tambahan, kuasa—
- (i) untuk memasuki dan memeriksa mana-mana tempat atau bangunan yang ternyata kepada mereka adalah perlu dimasuki atau diperiksa;
- (ii) melalui saman yang ditandatangani sendiri oleh mereka, untuk menghendaki kehadiran semua orang yang difikirkan oleh mereka patut dipanggil ke hadapan mereka dan diperiksa, dan untuk menghendaki supaya diberi kepada mereka jawapan atau penyata yang difikirkan oleh mereka patut dibuat;
- (iii) untuk menghendaki pengemukaan semua buku, kertas dan dokumen yang dianggapnya mustahak;
- (iv) untuk mentadbirkan sumpah dan untuk menghendaki mana-mana orang yang diperiksa supaya membuat dan menandatangani suatu akuan kebenaran pernyataan yang dibuat olehnya dalam masa ia diperiksa;
- (d) orang-orang yang hadir sebagai saksi di hadapan tribunal itu hendaklah diberi apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diberikan kepada saksi yang hadir di hadapan Mahkamah Tinggi dalam kes jenayah, dan dalam hal pertikaian mengenai amaun yang hendak dibenarkan, petikaian itu hendaklah dirujukkan oleh tribunal itu kepada mana-mana Pendaftar Mahkamah Tinggi yang hendaklah memastikan dan memperakui amaun perbelanjaan yang sepatutnya;
- (e) jika seseorang, tanpa sebab yang munasabah, yang bukti terletak padanya, tidak, selepas memperoleh perbelanjaan yang diberikan kepadanya, jika ada, yang dia berhak, mematuhi suatu saman atau permintaan