Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/35

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
35

makanan tercemar.

Kesalahan menjual makanan tercemar

25. Seseorang yang menjual sesuatu makanan tercemar melakukan suatu kesalahan.

Kejahilan tentang kecemaran bukan suatu pembelaan

26. Dalam sesuatu pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 25 adalah tidak menjadi suatu pembelaan bahawa tertuduh tidak mengetahui bahawa makanan yang berkenaan ialah makanan tercemar melainkan jika dia membuktikan bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah bagi memastikan bahawa makanan itu bukan makanan tercemar.

Pergantungan kepada waranti atau pernyataan bertulis adalah pembelaan

27. (1) Tertakluk pada subseksyen (2) dan (3), adalah menjadi suatu pembelaan dalam suatu pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah seksyen 25 bahawa—

(a) tertuduh membeli makan yang dijual olehnya atas pergantungan kepada suatu waranti bertulis atau pernyataan bertulis lain mengenai jenis makanan itu, yang diberikan atau dibuat oleh atau bagi pihak orang yang daripadanya dia membeli makanan itu; dan
(b) tertuduh tidak mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa makanan yang dijual itu tidak menepati waranti atau pernyataan itu; dan
(c) jika makanan itu telah menepati waranti atau pernyataan itu, ia bukanlah makanan tercemar.