Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/34

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

menguatkuasakan penyitaan, penahanan atau pemindahan makanan itu.

Kuasa untuk meminta, memilih dan mengambil contoh

23. (1) Apabila dibayar atau diberi kepada seseorang yang menjual apa-apa makanan, atau kepada ejen atau penjawatnya, harga pasaran semasa masa itu makanan itu, jika diminta, seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta, memilih dan mengambil atau memperoleh contoh makanan itu bagi maksud cerakinan untuk menentukan sama ada makanan itu adalah makanan tercemar.

(2) Jika mana-mana makanan disimpan untuk dijual runcit dalam suatu bungkusan tidak terbuka, pegawai yang diberi kuasa tidak boleh meminta atau mengambil kurang daripada kesemua kandungan bungkusan itu.

(3) Seseorang yang enggan atau abai untuk mematuhi suatu permintaan yang dibuat oleh seorang pegawai yang diberi kuasa menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan.

Hak untuk mendapatkan makanan dicerakinkan

24. (1) Seseorang yang telah membeli apa-apa makanan adalah, apabila membayar bayaran yang ditetapkan, berhak mendapatkan suatu contoh makanan itu dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan untuk menentukan sama ada makanan itu ialah makanan tercemar, dan untuk menerima daripada Ahli Cerakinan itu suatu perakuan cerakinan.

(2) Seseorang, selain penjual makanan itu, boleh, apabila membayar bayaran ditetapkan dan kos contoh itu, menghendaki seorang pegawai yang diberi kuasa untuk membeli suatu contoh mana-mana makanan dan mengemukakannya bagi dicerakinkan oleh seorang Ahli Cerakinan untuk menentukan sama ada makanan itu ialah