Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/33

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
33


(a) penambahan kepada atau penggunaan atau kehadiran dalam makanan atau apa-apa jenis tertentu makanan itu; atau
(b) pengawetan makanan atau apa-apa jenis tertentu makanan itu,

dengan apa-apa racun makhluk perosak yang dinyatakan atau lebih daripada kuantiti, kadar, kekuatan atau kepekatan yang dinyatakan bagi racun makhluk perosak itu.

(2) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh membuat peruntukan bahawa, melainkan jika sebaliknya dibuktikan, sesuatu pelanggaran yang dinyatakan bagi mana-mana larangan dalamnya hendaklah dianggap telah dilakukan oleh seseorang atau orang yang dinyatakan berkenaan dengan mana-mana makanan yang dinyatakan jika terdapat dalam makanan itu suatu racun makhluk perosak yang dinyatakan atau suatu kuantiti, kadar, kekuatan atau kepekatan yang dinyatakan bagi racun makhluk perosak itu.

Kemasukan, pemeriksaan dan penyitaan

22. Seseorang pegawai yang diberi kuasa boleh—

(a) pada bila-bila masa yang munasabah masuk ke dalam dan memeriksa mana-mana tempat jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa terdapat makanan yang dicadangkan untuk jualan;
(b) memeriksa mana-mana makanan, di mana-mana jua ditemui, yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai adalah dicadangkan untuk jualan;
(c) menyita, menahan atau memindahkan sebarang makanan yang ialah atau ternyata atau dipercayai makanan tercemar, dan boleh menandakan, mengelak atau selainnya mendapatkan makanan itu untuk