Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/32

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 149


Kesalahan yang berhubungan dengan pengilangan, penjualan, dan penyimpanan untuk jualan

20. (1) Tiada seorang pun boleh mengilang, menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak melainkan jika dia diberi lesen untuk berbuat demikian di bawah Akta ini atau selainnya mengikut syarat sesuatu lesen untuk berbuat demikian yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini.

(2) Tiada seorang pun boleh menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak selain di suatu premis yang dinyatakan dalam suatu lesen yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen 17.

(3) Tiada seorang pun, sama ada dia seorang yang diberi lesen atau tidak di bawah Akta ini, boleh menjual atau menyimpan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak yang salah jenama atau yang pada masa ini tidak didaftarkan di bawah Akta ini.

(4) Seseorang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda sepuluh ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, dipenjarakan selama enam tahun atau didenda dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Bahagian V
KAWALAN KEHADIRAN RACUN MAKHLUK PEROSAK DALAM MAKANAN

Peraturan-peraturan untuk mengawal kehadiran racun makhluk perosak dalam makanan

21. (1) Menteri boleh, selepas berunding dengan Lembaga dan Menteri yang bertanggungjawab atas perkhidmatan kesihatan, membuat peraturan-peraturan melarang—