Laman ini telah dibaca pruf
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 149
tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak itu patut dikenakan, jika dia berpuas hati bahawa—
- (a) racun makhluk perosak yang kepadanya permohonan itu adalah berkaitan adalah pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini; dan
- (b) pemohon itu sedar tentang keracunan racun makhluk perosak itu dan akan risiko yang terlibat dalam penggunaan dan pengendalian racun makhluk perosak itu.
(3) Sesuatu lesen di bawah seksyen ini —
- (a) tidak boleh membenarkan penjualan atau penyimpanan untuk jualan sesuatu racun makhluk perosak di premis yang lebih daripada satu bilangannya;
- (b) hendaklah menyatakan premis tempat penjualan atau penyimpanan untuk jualan racun makhluk perosak itu dibenarkan;
- (c) boleh membenarkan kedua-dua penjualan dan penyimpanan untuk jualan satu racun makhluk perosak atau lebih, yang mungkin daripada kelas racun makhluk perosak yang sama atau kelas racun makhluk perosak yang berlainan, di premis yang dinyatakan; dan
- (d) adalah sah bagi tiga tahun dari tarikh ia dikeluarkan tetapi boleh diperbaharui apabila dibayar bayaran permohonan yang ditetapkan.
Membatal dan menggantung lesen
18. (1) Jika Lembaga, dalam hal suatu lesen untuk mengilang, atau Pegawai Pelesenan Racun Makhluk Perosak, yang berkenaan dalam hal suatu lesen untuk menjual atau menyimpan untuk jualan, berpuas hati bahawa—