(5) Seseorang yang menyelidik atau membuat percubaan atas suatu racun makhluk perosak di bawah permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini, tetapi berlawanan dengan atau melanggar mana-mana syarat permit itu, melakukan suatu kesalahan.
(6) Seseorang yang menyelidik atau membuat percubaan atas suatu racun makhluk perosak yang tidak didaftarkan tanpa suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama enam tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit.
(7) Lembaga boleh mewakilkan fungsinya di bawah seksyen ini kepada mana-mana ahli Lembaga itu.
Bahagian IV
KAWALAN PENGILANGAN, PENJUALAN DAN PENYIMPANAN RACUN MAKHLUK PEROSAK MELALUI PELESENAN
Lesen untuk mengilang racun makhluk perosak
15. (1) Seseorang yang berhasrat untuk mengilang sesuatu racun makhluk perosak hendaklah memohon kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan, dan disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan, bagi mendapatkan suatu lesen untuk mengilang racun makhluk perosak itu.
(2) Apabila menerima sesuatu permohonan yang dibuat dengan sewajarnya di bawah subseksyen (1) dan mengikut kaedah-kaedah, Lembaga boleh, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu lesen mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, jika Lembaga berpuas hati bahawa—
- (a) racun makhluk perosak yang kepadanya permohonan itu adalah berkenaan adalah pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini atas permohonan pemohon;