Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/26

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai suatu contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan, mengeluarkan kepada pemohon itu suatu permit mengikut bentuk yang ditetapkan tertakluk pada apaapa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Lembaga patut dikenakan, termasuk syarat mengenai pelupusan mana-mana lebihan racun makhluk perosak yang tidak digunakan itu.

(3) Jika seseorang pemohon bagi suatu permit di bawah seksyen ini tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mengeluarkan kepadanya permit itu, dia boleh merayu kepada Menteri dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(4) Sesuatu permit yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah membenarkan pengimportan satu konsainan sahaja satu racun makhluk perosak atau lebih dalam sesuatu tempoh yang dinyatakan.

(5) Orang yang kepadanya suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen ini boleh, tertakluk pada syarat permit itu, mengimport racun makhluk perosak atau racun-racun makhluk perosak yang dinamakan dalam permit itu walaupun racun makhluk perosak atau racun-racun makhluk perosak itu tidak pada masa ini didaftarkan di bawah Akta ini atas permohonannya dan walau apa pun larangan dalam seksyen 13 terhadap pengimportan racun makhluk perosak yang salah jenama atau tidak didaftarkan.

(6) Seseorang yang mengimport suatu racun makhluk perosak di bawah suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini tetapi berlawanan dengan atau melanggar mana-mana syarat permit itu melakukan suatu kesalahan.

(7) Seseorang yang mengimport suatu racun makluk perosak di bawah suatu permit yang dikeluarkan kepadanya di bawah seksyen ini dan yang menggunakan atau melupuskan racun makhluk perosak itu selain bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai suatu contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan, melakukan suatu kesalahan dan boleh dipenjarakan selama tiga tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit.