- (b) sesuatu racun makhluk perosak yang pada masa ini tidak didaftarkan atas permohonannya di bawah Akta ini; atau
- (c) sesuatu racun makhluk perosak selain mengikut syarat-syarat yang tertakluk padanya ia didaftarkan atas permohonannya.
(2) Tertakluk pada subseksyen (3), seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan kali pertama, dipenjarakan selama lima tahun atau didenda lima puluh ribu ringgit dan, apabila disabitkan kali kedua atau kemudiannya, dipenjarakan selama sepuluh tahun atau didenda satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
(3) Walau apa pun subseksyen (1) dan (2), adalah menjadi suatu pembelaan kepada suatu pertuduhan di bawah perenggan (1)(a) mengimport atau mengilang suatu racun makhluk perosak yang salah jenama sebagaimana yang ditakrifkan dalam perenggan 2(3)(g) atau (h) bahawa, dalam proses pengilangan atau pengangkutan racun makhluk perosak itu, apa-apa bahan bukan bahan racun makhluk perosak itu telah tidak dapat dielakkan menjadi bercampur gaul dengannya.
Pengimportan racun makhluk perosak bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan
14. (1) Seseorang yang berhasrat untuk mengimport suatu racun makhluk perosak bagi maksud pelajaran atau penyelidikan atau sebagai contoh pendaftaran atau piawaian cerakinan hendaklah membuat permohonan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan, dan disertakan dengan bayaran permohonan yang ditetapkan, bagi mendapatkan suatu permit untuk mengimport racun makhluk perosak itu.
(2) Apabila menerima suatu permohonan di bawah subseksyen (1), Lembaga boleh, jika ia berpuas hati bahawa racun makhluk perosak yang dihasratkan untuk diimport itu dicadangkan semata-mata bagi