Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/24

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
24
Undang-Undang Malaysia
Akta 149



Rayuan terhadap keputusan Lembaga

11. (1) Jika seseorang pemohon bagi pendaftaran atau pendaftaran semula sesuatu racun makhluk perosak tidak berpuas hati dengan penolakan Lembaga untuk mendaftarkan atau mendaftarkan semula racun makhluk perosak itu atau jika orang yang atas permohonannya suatu racun makhluk perosak itu didaftarkan tidak berpuas hati dengan perintah Lembaga membatalkan pendaftaran racun makhluk perosak itu, pemohon atau orang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh merayu kepada Menteri, dan keputusan Menteri adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

(2) Dalam hal suatu rayuan terhadap penolakan Lembaga untuk mendaftarkan atau mendaftarkan semula sesuatu racun makhluk perosak, perayu boleh menyampaikan kepada Menteri apa-apa maklumat berhubungan dengan racun makhluk perosak itu sebagai tambahan kepada maklumat yang terdahulu yang telah disampaikan kepada Lembaga dengan syarat bahawa maklumat terdahulu itu hendaklah pada masa yang sama disampaikan kepada Lembaga.

Menyiarkan racun makhluk perosak dalam Warta

12. Dengan seberapa segera yang mungkin selepas racun makhluk perosak telah didaftarkan, didaftarkan semula atau dipotong dari daftar melalui pengkenselan, Lembaga hendaklah menyebabkan fakta itu disiarkan dalam Warta bersama dengan butir yang berhubungan dengan racun makhluk perosak itu yang mencukupi untuk mengenal pastinya.

Larangan mengenai pengimportan dan pengilangan, dan penalti

13. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 14 dan 14A, tiada seorang pun boleh mengimport atau mengilang—

(a) sesuatu racun makhluk perosak yang salah jenama;