- (e) jika mana-mana syarat yang tertakluk pada mana racun makhluk perosak itu didaftarkan telah tidak dipatuhi;
- (f) jika Lembaga mendapati bahawa sesuatu daripada perkara yang disampaikan kepadanya di bawah subseksyen 7(2) adalah tidak benar pada mana-mana butir material; atau
- (g) jika Lembaga berpuas hati bahawa racun makhluk perosak itu telah tidak digunakan lagi.
(2) Sebelum memerintahkan pembatalan pendaftaran sesuatu racun makhluk perosak atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1), selain alasan dalam perenggan (1)(a) itu, Lembaga hendaklah, dengan notis secara bertulis, memberi orang yang atas permohonannya racun makhluk perosak itu didaftarkan suatu peluang untuk menunjukkan sebab mengapa perintah itu tidak patut dibuat, dan sementara menunggu perintah sedemikian dibuat semua penjualan, pengimportan atau pengilangan racun makhluk perosak itu oleh orang itu hendaklah digantung dari tarikh penerimaan notis itu olehnya.
Orang yang mendaftar hendaklah memberitahu Lembaga mengenai kesan buruk racun makhluk perosak
10A. (1) Tanpa menjejaskan kuasa yang diberikan kepada Lembaga di bawah seksyen 10, orang yang atas pemohonannya racun makhluk perosak telah didaftarkan hendaklah memberitahu Lembaga apabila dia menemui apa-apa kemudaratan yang dibawa oleh racun makhluk perosak itu terhadap manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, buahbuahan atau harta, dalam masa enam puluh hari daripada penemuan sedemikian.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan.