Pergi ke kandungan

Laman:Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).pdf/20

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
20
Undang-Undang Malaysia
Akta 736


Anggapan berkenaan dengan penganjur

19. Jika—

(a) suatu perhimpunan diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan;
(b) suatu perhimpunan dinyatakan dalam Jadual Ketiga;
(c) suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 9(1) tidak diberikan; atau
(d) suatu pemberitahuan yang dikehendaki di bawah subseksyen 9(1) telah diberikan tetapi identiti penganjur yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu adalah palsu,

mana-mana orang yang memulakan, mengetuai, menggalakkan, menaja, mengadakan atau menyelia perhimpunan itu, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan itu, hendaklah dianggap sebagai penganjur perhimpunan itu.

Bahagian V
PENGUATKUASAAN

Kuasa menangkap

20. (1) Seseorang pegawai polis boleh, tanpa waran, menangkap mana-mana penganjur atau peserta—

(a) yang, semasa perhimpunan, enggan atau tidak mematuhi mana-mana sekatan atau syarat di bawah seksyen 15;
(b) yang, semasa perhimpunan, ada dalam milikannya apa-apa senjata; atau
(c) yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

(2) Pegawai polis itu hendaklah, sebelum menjalankan kuasa menangkap di bawah seksyen ini, mengambil langkah-langkah yang