(2) Orang yang mempunyai kepentingan boleh, secara bertulis, memaklumkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu berserta dengan sebabnya kepada Pegawai yang Menjaga Daerah Polis dalam tempoh dua puluh empat jam setelah dimaklumkan tentang perhimpunan di bawah subseksyen (1).
(3) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah mengambil kira kebimbangan atau bantahan yang diterima bagi maksud mengenakan sekatan dan syarat di bawah seksyen 15.
Perjumpaan dengan penganjur
13. Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh pada bila-bila masa selepas menerima pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1), jika hal keadaan mewajarkannya, memanggil penganjur untuk berjumpa bagi menasihati penganjur itu tentang perhimpunan itu.
Respons terhadap pemberitahuan perhimpunan
14. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis hendaklah memberikan respons terhadap pemberitahuan di bawah subseksyen 9(1) dalam tempoh tiga hari dari penerimaan pemberitahuan itu dan hendaklah, dalam respons itu, memaklumkan penganjur tentang sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen 15, jika ada.
(2) Jika Pegawai yang Menjaga Daerah Polis tidak memberikan respons terhadap pemberitahuan itu mengikut subseksyen (1), perhimpunan itu hendaklah diteruskan sebagaimana yang dicadangkan dalam pemberitahuan itu.
Sekatan dan syarat
15. (1) Pegawai yang Menjaga Daerah Polis boleh mengenakan sekatan dan syarat ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.
(2) Sekatan dan syarat yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh berhubung dengan—