Pergi ke kandungan

Laman:Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).pdf/13

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Perhimpunan Aman
13
(f) bekerjasama dengan pihak berkuasa awam;
(g) memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar;
(h) memastikan bahawa perhimpunan itu tidak akan menyebabkan apa-apa kesusahan yang signifikan kepada orang awam amnya;
(i) memastikan pembersihan tempat perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan; dan
(j) dalam hal perhimpunan serentak atau perhimpunan balas, memastikan bahawa penganjuran perhimpunan itu tidak diniatkan untuk menghalang secara spesifik perhimpunan yang satu lagi daripada diadakan atau mengganggu penganjuran perhimpunan itu.

Tanggungjawab peserta

7. Seseorang peserta hendaklah—

(a) menahan diri daripada—
(i) menggendalakan atau menghalang mana-mana perhimpunan;
(ii) berkelakuan secara menyakitkan hati atau menggunakan kata kesat terhadap mana-mana orang;
(iii) melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;
(iv) melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di mana-mana perhimpunan; dan
(v) menyebabkan kerosakan kepada harta; dan