Laman ini telah dibaca pruf
12
Undang-Undang Malaysia
Akta 736
mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 12 untuk membolehkannya membangkitkan kebimbangan atau bantahannya terhadap perhimpunan itu.
Bahagian III
TANGGUNGJAWAB PENGANJUR, PESERTA DAN POLIS
Tanggungjawab penganjur
6. (1) Seseorang penganjur hendaklah memastikan bahawa sesuatu perhimpunan mematuhi Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), penganjur hendaklah—
- (a) memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian perhimpunan tidak melanggar Akta ini atau apa-apa arahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain;
- (b) memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan mengganggu ketenangan orang awam;
- (c) memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di perhimpunan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- (d) memastikan bahawa penganjuran dan pengendalian suatu perhimpunan adalah mengikut pemberitahuan perhimpunan yang diberikan di bawah subseksyen 9(1) dan apa-apa sekatan dan syarat yang boleh dikenakan di bawah seksyen 15;
- (e) melantik apa-apa bilangan orang yang difikirkannya perlu untuk bertanggungjawab bagi mengendalikan perhimpunan dengan teratur;