“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;
“Ketua Pegawai Eksekutif” ertinya ketua pegawai eksekutif Perbadanan;
“Ketua Pengarah” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 [Akta 672];
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 27;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“perkhidmatan pengurusan pembersihan awam” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;
“perkhidmatan pengurusan sisa pepejal” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007;
“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 4 [1]Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“undang-undang pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam” ertinya Akta ini dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, dan termasuk mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah undang-undang itu.
- ↑ *CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017.