Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pencen 1980 (Akta 227).pdf/27

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pencen
27
(iv) ibu kepada pegawai yang mati, atau jika ibunya telah mati, bapa tanggungannya;
(b) “belum dibayar” ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan.

Pembayaran hadiah untuk maklumat

26A. (1) Ketua Pengarah boleh memerintahkan pembayaran hadiah sebagaimana dia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi—

(a) kes-kes penipuan untuk menikmati pencen dan lain-lain faedah yang diberikan di bawah Akta ini; atau
(b) kesalahan di bawah peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Pindaan bagi Jadual

27. Yang di-Pertuan Agong boleh melalui pemberitahu dalam Warta mengisytiharkan mana-mana perkhidmatan menjadi perkhidmatan awam lain dalam Jadual bagi maksud Akta ini.

Pemansuhan dan kecualian

28. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Ordinan Pencen 1951 sebagaimana dipakai bagi mereka yang memilih Skim Baru atau yang dilantik di bawah Skim Baru adalah dimansuhkan.

(2) Ordinan Pencen 1951, Ordinan Pencen Sabah 1963, dan Ordinan Pencen Sarawak hendaklah terus dipakai bagi pegawai yang tidak memilih Skim Baru atau yang tidak dilantik di bawah Skim Baru.