Laman ini telah dibaca pruf
12
Undang-Undang Malaysia
AKTA 227
Sabah 1963 [Ord. 3 tahun 1963] atau Ordinan Pencen Sarawak [Bab. 89] sebelum dari 1 Julai 1978, mengikut mana-mana yang berkenaan;
- (b) seseorang pegawai tetap dan telah disahkan yang mati dalam perkhidmatan, bersara atas sebab perubatan atau di bawah seksyen 12A sebelum genap sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau
- (c) seseorang pekerja berpencen di bawah Akta Pencen Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 [Akta 239] atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditukar tetap secara lantikan ke perkhidmatan awam.
Pemberian pencen, dsb.
9. (1) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen apabila—
- (a) dipaksa bersara di bawah seksyen 10; atau
- (b) memilih bersara di bawah seksyen 12 setelah genap tempoh selama tidak kurang daripada sepuluh tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira; atau
- (c) bersara di bawah seksyen 11.
- (d) (Dipotong oleh Akta A625).
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pencen, ganjaran atau faedah lain kepada seseorang pegawai berpencen jika persaraan itu adalah di bawah seksyen 12A.
Persaraan paksa
10. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (4), seseorang pegawai hendaklah bersara dari perkhidmatan awam apabila dia mencapai umur enam puluh tahun.