Pergi ke kandungan

Laman:Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).pdf/6

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
6
Undang-Undang Malaysia
Akta 301

kerap, tetapi tidak termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Kerajaan Singapura;

“dokumen” ertinya apa-apa kertas, kad atau bahan lain atau benda yang padanya ada dicetak, ditaip, ditulis atau ditandakan, huruf, angka, tanda, majalah bergambar atau apa-apa gambaran lain yang boleh dilihat dan termasuklah akhbar, buku dan risalah;

“lesen” ertinya lesen yang diberi di bawah subseksyen 3(3);

“orang” termasuklah pertubuhan perbadanan atau pertubuhan tidak diperbadankan;

“pegawai berkuasa” ertinya mana-mana pegawai polis, seseorang pegawai Kastam, pegawai Jabatan Perkhidmatan Pos dan mana-mana pegawai awam lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai pegawai berkuasa bagi maksud Akta ini;

“pegawai kanan berkuasa”ertinya—

(a) mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa;
(b) mana-mana pegawai Kastam berpangkat tidak rendah daripada Penguasa;
(c) mana-mana pegawai Jabatan Perkhidmatan Pos berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Kanan Pos;
(d) mana-mana pegawai awam lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai pegawai kanan berkuasa bagi maksud Akta ini;

“penerbitan” termasuklah—

(a) dokumen, akhbar, buku dan majalah berkala;
(b) semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat;