Pergi ke kandungan

Laman:Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).pdf/17

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Mesin Cetak dan Penerbitan
17

dalam Akta ini, jika Menteri berpuas hati bahawa mana-mana mesin cetak yang berkenaan dengannya lesen itu telah dikeluarkan adalah digunakan untuk mencetak mana-mana hasil penerbitan yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara atau bahawa mana-mana akhbar yang berkenaan dengannya permit telah dikeluarkan mengandungi apa-apa jua yang memudaratkan ketenteraman awam atau keselamatan negara, dia boleh membatalkan lesen atau permit itu.

(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada lesen atau permit boleh dengan apa jua cara dipindah, diserah hak atau selainnya diletakkan di bawah kawalan mana-mana orang lain daripada orang yang lesen atau permit itu pada mula-mulanya diberi melainkan jika Menteri membenarkan sedemikian dan mana-mana pemegang yang melanggar subseksyen ini boleh, dibatalkan atau digantung lesen atau permitnya.

(3) Jika sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, penyelesaian ke atas pemegang lesen atau permit itu, atau jika seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu, atau jika kerana apa jua sebab Menteri berpuas hati bahawa tidak patut tidak melakukan sedemikian, Menteri boleh membenarkan lesen atau permit itu dipindahkan.

Keputusan Menteri adalah muktamad

13A. (1) Apa-apa keputusan Menteri untuk menolak daripada memberikan atau untuk membatalkan atau menggantung sesuatu lesen atau permit adalah muktamad.

(2) Bagi maksud seksyen ini “keputusan” termasuklah apa-apa perintah atau arahan yang dibuat oleh Menteri di bawah Akta ini.

Hak untuk didengar

13B. Seseorang yang diberikan suatu lesen atau permit di bawah Akta ini hendaklah diberi suatu peluang untuk didengar sebelum suatu keputusan untuk membatalkan atau menggantung lesen atau permit itu dibuat di bawah subseksyen 3(3), 6(2) atau 13(1), mengikut manamana yang berkenaan.