Pergi ke kandungan

Laman:Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).pdf/15

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Mesin Cetak dan Penerbitan
15

mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undangundang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Menteri boleh membenarkan pengimportan atau penyerahhantaran apa-apa hasil penerbitan setelah mana-mana bahagian daripada hasil penerbitan yang difikirkannya tidak diingini mengikut apa jua alasan seperti dinyatakan dalam subseksyen (1) itu telah dihapus, dipotong, dipadam atau dibuangkan hingga memuaskan hatinya.

(3) (Dipotong oleh Akta A684).

Menahan penghantarserahan sementara menanti keputusan Menteri

9A. Jika seseorang pegawai kanan berkuasa dengan munasabahnya mengesyaki bahawa sesuatu hasil penerbitan mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, dia boleh menahan penghantarserahan hasil penerbitan itu sementara menanti keputusan Menteri untuk memperlakukannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.

Bahagian V
PELBAGAI

Deposit

10. Seseorang yang diberi lesen atau permit di bawah Akta ini mungkin dikehendaki oleh Menteri, sebelum dikeluarkan lesen atau permit itu, supaya mendeposit dengan Kerajaan sekian amaun sebagaimana ditetapkan secara khas atau am melalui kaedah-kaedah dan amaun itu atau mana-mana bahagiannya boleh dilucut hak oleh