Pengharaman hasil penerbitan
8B. Jika mana-mana orang telah didapati bersalah oleh mana mana mahkamah atas apa-apa kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah, atas permohonan Pendakwa Raya, memerintahkan supaya diharamkan hasil penerbitan itu selama tempoh yang tidak melebihi enam bulan dari penerbitan itu.
Penggantungan hasil penerbitan
8C. (1) Sementara menanti selesainya apa-apa prosiding bagi pendakwaan pencetak, penerbit, penyunting atau penulis di hadapan mana-mana mahkamah kerana apa-apa kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah, atas permohonan Pendakwa Raya, memerintahkan supaya hasil penerbitan itu digantung.
(2) Jika rayuan dibuat terhadap perintah pembebasan mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan apaapa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah yang akan mendengar rayuan itu, atas permohonan Pendakwa Raya, memerintahkan supaya hasil penerbitan itu digantung selanjutnya sementara menanti pemberesan muktamad rayuan itu.
(3) Mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau keduaduanya.
Hasil penerbitan tidak diingini boleh ditolak daripada diimport
9. (1) Tanpa menjejaskan apa-apa jua dalam Akta ini, Menteri boleh menolak pengimportan ke dalam Malaysia atau menahan penghantarserahan atau mengembalikan kepada pengirimnya di luar Malaysia apa-apa hasil penerbitan yang dia berpuas hati mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang