Pergi ke kandungan

Laman:Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).pdf/13

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Mesin Cetak dan Penerbitan
13

penyelesaian apa-apa ganti rugi di bawah subseksyen (3) atau (4), perintah larangan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi mutlak melainkan jika penerbit membuat deposit selanjutnya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri.

(6) Seseorang penerbit tempatan atau asing adalah bertanggungjawab dan bertanggungan atas apa-apa tindakan berkenaan dengan apa-apa bahan yang disiarkan dalam hasil penerbitannya.

Kesalahan

8. (1) Mana-mana orang yang tanpa sebab yang munasabah didapati memiliki apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

(2) Mana-mana orang yang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam milikannya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Kesalahan kerana menyiarkan berita yang tidak benar

8A. (1) Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2) Bagi maksud seksyen ini, hendaklah dianggap ada niat jahat sekiranya tidak ada keterangan yang menunjukkan bahawa sebelum penerbitannya tertuduh telah mengambil langkah yang munasabah untuk menentusahkan kebenaran berita itu.

(3) Tiada pendakwaan kerana sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dimulakan tanpa keiznan bertulis Pendakwa Raya.