dan menyenggara suatu tempat perniagaan di dalam Malaysia atau hendaklah melantik orang di dalam Malaysia yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian apa-apa notis atau proses undang-undang bagi pihak tuan punya dan hendaklah memberi kepada Menteri senarai yang mengandungi nama dan alamat orang itu dan menyebabkan disiarkannya mengikut apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh Menteri.
Bahagian IV
KAWALAN HASIL PENERBITAN TIDAK DIINGINI
Hasil penerbitan tidak diingini
7. (1) Jika Menteri berpuas hati bahawa apa-apa hasil penerbitan mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mengikut apa-apa jua cara memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang berlawanan atau mungkin berlawanan dengan mana-mana undangundang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, dia boleh menurut budi bicara mutlaknya melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melarang, sama ada secara mutlak atau tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan, pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil pengeluaran itu dan hasil pengeluaran masa hadapan penerbit yang berkenaan.
(2) Berkenaan dengan hasil penerbitan yang bermula di manamana negara di luar Malaysia, suatu perintah di bawah subseksyen (1) boleh, jika perintah itu memperuntukkan sedemikian —
- (a) melarang pengimportan mana-mana atau semua hasil penerbitan sama ada sebelum atau selepas tarikh perintah itu, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan di dalamnya;
- (b) berkenaan dengan hasil penerbitan berkala, melarang pengimportan mana-mana keluaran masa lalu atau masa depan;