dilucuthakkan hendaklah dihantarserahkan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan yang hendaklah melupuskannya mengikut apa-apa cara yang difikirkannya sesuai.
Kos memegang senjata kimia, dsb., yang disita
48. Jika apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta ini, kos bagi memegang benda itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
49. Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik yang disenaraikan dalam Jadual 1, 2 atau 3, atau apa-apa bekas, bungkusan, pengangkut atau barang lain yang di dalamnya senjata kimia, agen kawalan rusuhan atau bahan kimia toksik distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Perlindungan pemberi maklumat
50. (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada saksi dalam mana-mana prosiding sivil atau jenayah boleh