(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah menyebabkan daftar itu tersedia bagi pemeriksaan jika dan apabila dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Kebangsaan, mana-mana Inspektor Kebangsaan, mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, dan mana-mana Pegawai Kanan Kastam.
(4) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Bahagian V
PEMERIKSAAN ANTARABANGSA
Inspektor Antarabangsa
38. (1) Menteri boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang yang merupakan anggota pasukan pemeriksaan bagi Urus Setia Teknikal Pertubuhan suatu perakuan untuk menjadi Inspektor Antarabangsa bagi tujuan Akta ini.
(2) Perakuan yang dikeluarkan kepada orang di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi butir-butir yang berikut:
- (a) identiti orang itu termasuk nama, taraf dan kuasanya untuk menjalankan pemeriksaan di Malaysia;
- (b) keistimewaan dan kekebalan yang terpakai bagi orang itu; dan
- (c) apa-apa maklumat lain dan apa-apa syarat yang terpakai bagi aktiviti pemeriksaan di Malaysia oleh orang itu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Menteri.